Thursday, April 28, 2011

blog dan buku komuniti phd

Ada hikmahnya grup kami tak sempat membuat pembentangan dalam waktu kelas pada pagi Rabu. Lalu grup yang tak sempat diminta membentang pada petangnya, dalam 5.30pm.

5.15pm saya bertolak ke bilik Prof, dari bilik di blok H. Sampai di tangga ada kak Rozita dan Nazrita sedang duduk menunggu. Di depan bilik prof pula ada lagi seorang yg bukan ahli kelas sedang menunggu juga. Dia adalah pelajar Prof yg dah nak submit (genap 3 tahun bulan Jun ini). Tak lama kemudian beberapa orang lagi pelajar pula sampai. Maka bilangan orang di depan bilik Prof dah agak meriah untuk bersembang-sembang santai sementara menunggu Prof yang masih belum habis meetingnya.

Nak jadi cerita, Mozi menegur kakak student prof tu. ".. akak, saya ni baca blog akak.." wah nampaknya ada blog follower yang dah terjumpa penulis blognya. Dan sembang2 berlanjut, tapi point penting yang saya kutip ialah wujudnya sebuah buku bertajuk "PhD Kecil tapi Signifikan". Menurut Kak Shita (bakal Dr Norshita insyaAllah), buku ini boleh dibeli terus dari penulisnya yang ada blognya.

Alhamdulillah syukur kerana mendapat peluang petang itu. Duduk bersosial dengan rakan2 sekapal, masing2 juga membuat phd sambil menjaga anak2 kecil dan besar, adalah peluang yang amat penting bagi meraih kembali motivasi yang sirna itu.

Ini antara link untuk dikongsi
Penulis buku yg dimaksudkan: http://muhdkamil.org/blog/saya/
Bila google search buku ini, maka kita peroleh blog2 orang2 lain yg juga sekapal.. http://www.google.com.my/search?aq=f&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=phd+kecil+tapi+signifikan

ok, mari kita shut down pc ini dan bersiap untuk hari esok.